Puding Cincau Lemak, Sukat Ikut Tin Susu Je…Pasti Jadi!

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Untuk membuat puding cincau lemak ini, bukanlah susah sangat. Leburkan ke semua bahan ke dalam periuk. Cincau tidak perlu dimasak, cuma dicincang dan dimasukkan ke dalam loyang.

Air soya, susu, serbuk agar-agar dan gula perlulah dimasak. Selain air soya, boleh juga gunakan susu cair, susu pekat atau pun santan. Kalau nak digabungkan ke semuanya pun boleh, dan ingat sukatannya kenalah seimbang.

Sukatan gelas atau cawan, ada bezanya. Paling mudah ikut sukatan menggunakan tin susu. Gula pula mengikut manis yang diingini. Jika menggunakan susu pekat, kurangkan gula, begitu juga dengan air soya.

BAHAN
2 cawan cincau – cincang kasar
1 paket serbuk agar-agar
1 tin susu segar
1 tin air soya
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin santan
Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

  1. Cincau yang telah dicincang kasar, kemudian diletakkan di dalam loyang. Ketepikan.
  2. Di dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar, susu segar, air soya, susu cair, susu pekat, santan dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih, kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang cincau. Kacau rata.
  3. Biarkan sejuk. Setelah sejuk simpan di dalam peti sejuk.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This