Lancar cawangan ke-44, Ahmad’s Fried Chicken perkenal menu baru Burger Satay

Dari Penulis

Jenama ayam goreng tempatan, Ahmad’s Fried Chicken, terus melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan ke-44 yang berlokasi di Kota Warisan, Sepang, Selangor, hari ini.

Pengasas bersama Ahmad’s Fried Chicken, Lailatul Sarahjanna Mohd Ismail berkata, sambutan  hangat pelanggan sejak mereka memulakan operasi pada 2024 menjadi pembakar semangat untuk terus memperkukuhkan jenama tempatan ini.

“Kami bermula dengan wagon kecil. Sambutan pelanggan benar-benar di luar jangkaan kami. Dari situ kami mengorak langkah. Untuk pergi lebih jauh, kami lakukan pelbagai inovasi dan R&D supaya dapat menghasilkan variasi menu baru yang memikat hati pelanggan,” katanya di majlis pembukaan cawangan ke 44 ini.

Majlis pelancaran turut disempurnakan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, yang bukan saja hadir untuk merasmikan pembukaa outlet terbaru itu, tetapi juga melancarkan menu istimewa, Burger Satay.

Burgey Satay adalah salah satu simbol inovasi Ahmad’s yang menampilkan patty ayam dengan perapan daripada ramuan sate asli bersama aroma serai. Menu ini turut disertakan dengan kuah kacang pekat.

“Inovasi begini boleh pergi lebih jauh. Budak-budak pun suka. Tak perlu lagi lidi sate, semua sudah lengkap dinikmati dalam bentuk burger. Kuah kacangnya pun sedap. Saya lihat Ahmad’s membawa konsep makanan yang dipermudahkan. Saya yakin jenama tempatan ini boleh pergi jauh dan jadi kebanggaan negara,” ujar Datuk Aznil setelah mencuba menu baru tersebut.

Sejak cawangan pertama dibuka pada 2024, Ahmad’s berkembang pesat dengan 44 outlet kini beroperasi di seluruh negara. Menjelang hujung tahun ini, Ahmad’s menyasarkan untuk membuka 80 cawangan yang merangkumi restoran, restoran mini dan kiosk.

“Ahmad’s bukan sekadar rangkaian restoran ayam goreng. Ia adalah simbol rasa dan kebersamaan rakyat Malaysia. Kami sentiasa cuba memperbaiki kualiti sejak hari pertama bermula. Setiap maklum balas dari pelanggan kami ambil kira. Ini menunjukkan keprihatinan kami untuk menjadi salah satu jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia.

“Kami yakin sasaran 80 cawangan menjelang hujung tahun dapat dicapai, dengan sokongan pelanggan serta rakan niaga yang percaya kepada jenama ini,” ujar Taufik Khairuddin, pengasas dan pengarah Ahmad’s Fried Chicken.

Bukan hanya merangka pelan lima tahun untuk memperluaskan jenama ini ke seluruh negara, Taufik turut mensasarkan pembukaan cawangan pandu lalu serta cawangan di Sabah dan Sarawak.

Dengan 24 menu warisan istimewa bercita rasa Malaysia, Ahmad’s kini turut membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian jenama ayam goreng tempatan yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This