MAJLIS Perbandaran Kajang (MPKj) telah menangkap anjing yang disyaki mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Taman Megah, Cheras seperti mana tular di media sosial.
Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj memaklumkan, pasukan Unit Tangkapan Anjing Terbiar MPKj dikerahkan ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap anjing tersebut.
“Bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat, MPKj telah menghantar kakitangan untuk menjalankan siasatan ke premis pemilik anjing.
“Laporan polis juga telah dibuat oleh waris kanak-kanak berkenaan dan kes masih dalam siasatan pihak polis,” menurut MPKj dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Giant mohon maaf harga promosi beras naik
Kenyataan itu turut memaklumkan anjing tersebut telah dibawa ke Pusat Tahanan Haiwan MPKj untuk diasingkan dan ditahan sehingga siasatan kes selesai.
“Pihak MPKj juga akan mendapatkan pandangan teknikal daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Langat bagi tindakan selanjutnya.
“Selain menyeru agar pemilik anjing tidak melepaskan haiwan peliharaan mereka ke luar premis tanpa pengawasan,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, seorang kanak-kanak cedera digigit anjing ketika sedang bermain basikal di jalan berhampiran rumahnya dalam kejadian pada pukul 6.30 petang.
Mangsa yang cedera di bahagian kepala kini dirawat di wad kanak-kanak Hospital Kajang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

