Pengerusi Mara ucap takziah atas pemergian 5 pelajar IKM Kota Kinabalu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan takziah kepada keluarga lima penuntut Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu yang maut dalam kemalangan, semalam.

Katanya, beliau telah meminta Pengarah Mara Sabah dan Pengurusan IKM Kota Kinabalu untuk menghubungi keluarga masing-masing dan membantu segala keperluan serta mempermudahkan urusan jenazah.

“Takziah kepada keluarga mangsa dan didoakan kesemuanya ditempatkan dikalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di simpang Pusat Latihan RELA, Jalan Sulaman, Tuaran semalam telah mengakibatkan lima pelajar IKM Kota Kinabalu maut.

Mereka dikenali sebagai Harianto Anuar, 20; Neil Stanly Pletinie, 20; Mohammad Ikhwan Kurniawan, 20; Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy, 20 manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya.

Baca artikel lain: Jualan Penghargaan SARA pada hari keenam berjumlah RM107.1 juta

Kesemua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi, ketika kereta jenis Toyota Wish dinaiki kelima-lima mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Sepanggar menuju ke Kota Belud.

Kenderaan dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah lori membawa muatan batu kelikir yang datang dari arah bertentangan, selepas Toyota Wish dipercayai terbabas.

Semua mangsa berkenaan dilaporkan tersepit dalam kenderaan sejurus kemalangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This