HARI keenam pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaporkan berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM107.1 juta melibatkan 1.7 juta penerima setakat pukul 9.30 malam semalam.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan, memaklumkan kadar transaksi kekal stabil pada 99 peratus.
“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang lima hari lepas telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini.
“Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, lebih 8.3 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan.
Baca artikel lain: 5 pelajar IKM maut dalam kemalangan dengan lori batu kelikir di Tuaran
“Jumlah perbelanjaan rakyat daripada enam hari mencecah RM536.9 juta di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.
Bantuan SARA yang disalurkan secara sekali beri melalui MyKad bermula 31 Ogos itu memberi manfaat kepada 22 juta rakyat, melibatkan peruntukan RM2 bilion.
SARA diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20 yang boleh ditebus secara tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan MyKad masing-masing.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

