MENARA JENDELA Kampung Kuala Merotai, Tawau yang menawarkan kelajuan sekitar 50Mbps bagi perkhidmatan 4G telah memanfaatkan kira-kira 1,200 penduduk.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dapatan itu diperoleh hasil daripada ujian menggunakan aplikasi MCMC NEXUS.
Katanya, mula beroperasi pada 27 September 2024, menara itu menggunakan 4-Way Multi-Operator Core Network (MOCN) dengan perkongsian perkhidmatan oleh CelcomDigi, Maxis dan U Mobile, serta diuruskan oleh syarikat Redtone.
“Saya telah melihat sendiri pengoperasian Menara JENDELA di Kampung Kuala Merotai, Tawau, susulan aduan yang diterima berhubung gangguan perkhidmatan telekomunikasi di sini, berpunca daripada gangguan bekalan elektrik.
“Alhamdulillah, aduan tersebut telah diselesaikan oleh pihak penyedia perkhidmatan dan liputan berjaya dipulihkan. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan maklumat berkenaan.
“Bagaimanapun, bagi memastikan perkhidmatan tidak terjejas pada masa hadapan, penyedia perkhidmatan diarahkan untuk menyediakan kuasa sokongan seperti genset serta menambah kapasiti bateri sedia ada hingga mampu membekalkan kuasa selama lapan jam,” katanya dalam kenyataan.
Fahmi menambah, hal itu juga membuktikan usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan rakyat terus menikmati liputan telekomunikasi yang stabil dan berkualiti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

