SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan Datuk Yap Wee Leong sekali lagi kerana disyaki menyalahgunakan dana membabitkan projek lebuh raya bernilai kira-kira RM314 juta.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib, kali ini Abu Sahid akan didakwa atas tujuh pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama 403 Kanun Keseksaan berjumlah RM145 juta.
Sementara itu, Wee Leong akan didakwa atas 18 pertuduhan di mana sembilan daripadanya adalah di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 berjumlah RM209 juta dan sembilan lagi di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001 berjumlah RM387 juta.

“Hari ini Abu Sahid telah dituduh atas empat pertuduhan pecah amanah kira-kira RM313 juta dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram kira-kira RM139.2 juta.
“Datuk Yap Wee Leong pula didakwa menggunakan 17 dokumen progress claim palsu antara Jun 2017 hingga April 2018 di mana dokumen berkenaan melibatkan tuntutan kerja tanah, saliran, cerun dan pembinaan subgred bagi projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II), dengan nilai antara RM9 juta hingga RM28 juta setiap satu menjadikan jumlah keseluruhan lebih RM314 juta.
“Untuk itu, sebutan semula kes bagi kedua-duanya ditetapkan pada 3 November 2025,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Akram berkata, pertuduhan baharu ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

