SEBUAH bot utama milik Global Sumud Flotilla (GSF), dikenali sebagai “Family Boat”, telah disahkan mengalami serangan dron ketika berada di perairan Tunisia.
GSF dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bot tersebut membawa ahli Jawatankuasa Pemandu GSF dan berlayar di bawah bendera Portugal.
Menurut GSF, kesemua enam penumpang dan kru berada dalam keadaan selamat walaupun berlaku kerosakan akibat kebakaran di dek utama dan ruang simpanan bawah dek.
Jelas kenyataan itu, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut dan maklumat lanjut akan diumumkan sebaik sahaja diperoleh.
“GSF menegaskan bahawa tindakan agresif seperti ini tidak akan menggugat semangat mereka untuk meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza.
“Misi aman kami untuk memecahkan kepungan di Gaza dan berdiri teguh bersama rakyatnya akan diteruskan dengan tekad dan iltizam,” menurut kenyataan itu.
Untuk rekod, Misi Global Sumud Flotilla merupakan inisiatif antarabangsa yang menghimpunkan aktivis dan sukarelawan dari lebih 40 negara, bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laluan laut.
Serangan ini berlaku ketika flotila sedang bersiap untuk meneruskan pelayaran dari Tunisia ke Gaza.
Insiden ini turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat antarabangsa, dengan beberapa pihak menyeru agar keselamatan misi kemanusiaan seperti ini diberi perhatian serius.
GSF sebelum ini telah menyatakan komitmen mereka untuk menjalankan misi secara aman dan tanpa senjata, hanya membawa bekalan bantuan untuk penduduk Gaza yang terjejas akibat konflik berpanjangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

