SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang melibatkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pemberian subsidi RON95.
Pada masa sama, MCMC dalam kenyataan memberitahu masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak TikTok bagi melengkapkan siasatan.
Menurut suruhanjaya itu, semakan awal terhadap kandungan yang tular di platform media sosial telah pun dilaksanakan.
Katanya, ia melibatkan kerjasama daripada penyedia platform berkenaan.
“Sehingga kini, hasil siasatan yang diperoleh telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk penelitian serta arahan selanjutnya.
“MCMC akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dijalankan dengan penuh integriti dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Baca artikel lain: MCMC, PDRM tumpaskan sindiket SMS scam menerusi Op Pancing
Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memohon maaf berhubung dakwaan beliau mempertahankan pemberian subsidi RON95 kepada warga asing.
Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu hujung minggu lalu, Muhyiddin berkata, sehingga kini beliau juga masih belum menerima sebarang laporan daripada MCMC berhubung sama ada sumber maklumat dirujuk itu palsu atau sebaliknya.
Dalam sidang medianya kemudian, Muhyiddin meminta MCMC mendedahkan hasil siasatan mereka sekiranya sudah selesai, memandangkan siasatan sudah berjalan selama tiga minggu.
Anwar juga dilapor masih menunggu laporan penuh MCMC sebelum membuat keputusan sama ada beliau perlu memohon maaf kepada Muhyiddin.
Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada MCMC untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kesahihan sumber yang dirujuk berhubung kenyataan yang dibuat di Parlimen baru-baru ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

