Lelaki kurang siuman pukul jururawat sampai berjahit kepala ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki kurang siuman ditahan selepas dipercayai memukul seorang jururawat di kepala sehingga menerima empat jahitan Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian berlaku di hentian bas hadapan Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang, Kuala Lumpur dan satu laporan telah dibuat oleh mangsa yang merupakan kakitangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 5.10 petang itu, mangsa yang sedang berjalan kaki ke hentian bas telah dipukul di belakang kepala menggunakan satu objek keras oleh seorang lelaki yang kemudian melarikan diri.

“Pengadu telah mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut di HKL.

“Suspek telah berjaya ditahan di sekitar lokasi kejadian pada pukul 10.11 malam hari Sabtu lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ketika pemeriksaan badan sebilah sebilah pisau pemotong kertas telah dirampas.

Suspek juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan gagal mengemukakan butiran diri secara lisan.

Suspek telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan ditahan di Wad Psikiatri untuk pemantauan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkan kepada pihak polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This