MANA-mana pelajar yang berjaya menyambung pengajian namun berdepan dengan beberapa kekangan diminta untuk menghubungi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pelajar terbabit juga boleh mengadu masalah mereka kepada beliau sendiri dan usaha akan diambil bagi menyelesaikannya.
“Pesan saya kepada semua yang mendapat tempat sambung pengajian, jika ada sebarang masalah atau kekangan kewangan atau apa saja halangan, tolong hubungi dan maklum dengan saya dan KPT.
“Daftar dulu dan saya telah meminta semua Naib Canselor untuk membantu memudahcarakan semua pelajar untuk mendaftar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Katanya, komitmen KPT terbukti apabila membantu dua pelajar dikenali sebagai Ikram dan Fairuz yang berkemungkinan menolak tawaran ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis serta Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah akibat ketidakmampuan.
Baca artikel lain: Rumah dibangunkan di Kampung Sungai Baru hanya boleh dijual kepada Bumiputera – Akmal
Kisah dua orang sepupu itu dikongsikan seorang pengguna Facebook Wan Nurfarahin Wan Roslee yang menandakan Zambry sebelum pegawai Menteri Pendidikan Tinggi itu segera menghubunginya untuk tindakan lanjut.
Zambry berkata, kedua-dua pelajar itu sanggup bekerja sebagai pembantu kedai burger dengan pendapatan RM20 sehari bagi menampung perbelanjaan, walaupun memperoleh keputusan cemerlang di matrikulasi.
“Saya mengadakan panggilan video dengan mereka berdua. Saya beri jaminan agar mereka berdua masuk mendaftar belajar.
“Jangan bimbang soal kewangan, jangan khuatir soal yuran mahupun perbelanjaan persediaan, insya-Allah kita akan bantu dan permudahkan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

