PDRM siasat kereta peronda polis tular langgar lampu isyarat merah

Dari Penulis

POLIS menjalankan siasatan berhubung kejadian kereta peronda yang didakwa melanggar lampu isyarat merah di Seremban, tengah malam semalam. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya mengambil maklum insiden yang turut tular di media sosial yang berlaku di Persimpangan NSK, Jalan Haruan 2, Seremban, sekitar jam 12.20 tengah malam semalam. 

Menurut beliau, pihaknya mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan telah mengenal pasti keadaan sebenar insiden tersebut. 

“Setelah siasatan selesai, tindakan dalaman akan diambil pada yang terlibat. 

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa setiap pegawai dan anggota polis tertakluk kepada peraturan jalan raya, kecuali dalam keadaan tertentu yang melibatkan tugasan kecemasan serta memerlukan tindakan segera demi keselamatan dan kelancaran operasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau menambah, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran prosedur. 

Mohamad Hatta juga menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. 

“Orang ramai diseru untuk mendapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran rasmi PDRM dan tidak menularkan spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya lagi. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This