UtusanTV, Tabung Haji erat silaturahim, bincang kerjasama

Dari Penulis

SEBAGAI portal berita yang memfokus kepada mengukuhkan kerjasama korporat, UtusanTV hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Lembaga Tabung Haji (TH) di ibu pejabat institusi itu di ibu negara.

Pelbagai idea dan ruang kerjasama dibincangkan termasuk usaha menggalakkan anak muda membuka akaun simpanan TH dan menabung secara konsisten.

Dalam pertemuan itu, UtusanTV diketuai Ketua Pengarang, Metra Syahril Mohamed dan turut disertai Penolong Pengarang Berita, Afiq Mohd. Shah.

Hadir sama Pengarang Saji, Rosmarlinda Kamarudin dan Pengurus Editorial, Nurfarahin Mohamad.

TH pula diketuai Ketua Komunikasi Korporat, Ahmad Shahriman Johari; Ketua Seksyen Perhubungan Awam, Mohamad Naser Jaffar dan Eksekutif Kanan (Perhubungan Media), Alisha Nur Mohd Noor.

Ketika ini UtusanTV di bawah pentadbiran Metra Syahril yang baharu dilantik sebagai Ketua Pengarang berkuat kuasa 1 Ogos lalu giat menjalin hubungan bersama badan korporat, menjurus kepada kerjasama strategik.

Menjelang 2026, pelbagai program dirangka untuk dilaksanakan bagi meningkatkan imej serta jenama UtusanTV termasuk penglibatan serta sokongan sektor korporat.

UtusanTV kini merupakan media arus perdana nombor satu di platform media sosial TikTok dengan jumlah pengikut seramai 5.6 juta orang.

UtusanTV juga terus mengukuhkan kedudukan di media sosial lain seperti Facebook (147,000 pengikut), Instagram (128,000 pengikut) dan Telegram (64,000 pengikut).

Dengan hampir 6 juta pengikut terkumpul di semua platform media sosial, UtusanTV kini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk mendapatkan berita terkini yang sahih dan tepat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This