Pokok tumbang: Beberapa perkhidmatan KTM komuter masih catat kelewatan semasa

Dari Penulis

BEBERAPA perkhidmatan KTM komuter masih mencatat kelewatan semasa susulan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang yang melanda ibu negara, petang semalam.

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan komuter berkenaan adalah:

  • Tren No. 2159 di Stesen Subang Jaya – kelewatan 58 minit;
  • Tren No. 2175 di Stesen Sungai Buloh – kelewatan 69 minit;
  • Tren No. 2164 di Stesen Kepong – kelewatan 59 minit;
  • Tren No. 2166 di Stesen Putra – kelewatan 49 minit;
  • Tren No. 2163 di Stesen Seri Setia – kelewatan 70 minit;
  • Tren No. 2167 di Stesen Pantai Dalam – kelewatan 54 minit;
  • Tren No. 2049 di Stesen Kajang – kelewatan 50 minit;
  • Tren No. 2055 di Stesen Bank Negara – kelewatan 32 minit;
  • Tren No. 2052 di Stesen Seputeh – kelewatan 67 minit; dan 
  • Tren No. 2051 di Stesen Salak Selatan – kelewatan 69 minit.

“Bagi perkhidmatan ETS, operasi kembali pulih seperti biasa dengan kelewatan terkawal,” jelasnya dalam kenyataan.

KTMB menambah, kerja-kerja pembersihan pokok tumbang serta baik pulih alat talian atas di antara dua laluan iaitu Salak Selatan – Pelabuhan Klang (antara

Mid Valley dan Abdullah Hukum) dan Simpang Batu (antara Sentul dan Segambut), telah berjaya disiapkan pada pukul 8 malam tadi.

Katanya, insiden pokok tumbang ini telah menyebabkan bekalan kuasa 25kV terbingkas pada pukul 4.24 petang semalam, sekali gus menjejaskan operasi tren di laluan terlibat.

“Namun demikian, tindakan pantas pasukan teknikal KTMB yang mengambil masa kurang dari 50 minit bagi setiap laluan membolehkan tren KTM Komuter dan ETS beroperasi semula seperti biasa, walaupun masih terdapat sedikit reaksi kelewatan akibat kesan rantaian insiden tersebut.

“KTMB amat kesal atas segala kesulitan yang dialami penumpang ekoran insiden yang berlaku di luar jangka ini.

“Pihak kami sentiasa komited memastikan keselamatan, keselesaan serta kesinambungan perkhidmatan kepada semua pengguna,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This