POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang lelaki yang merupakan pemandu e-hailing selepas melanggar lampu isyarat merah di Jalan Hishamudin dari arah Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Raja berdekatan Dataran Merdeka.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, akibat daripada tindakan tersebut, pemandu kereta itu hampir melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas di laluan lintasan jalan berkenaan.
Katanya, kes itu telah diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) dan pemandu kereta terbabit telah ditahan di bawah Seksyen yang sama untuk membantu siasatan.
“JSPT KL mengesahkan telah terima satu video tular yang telah dimuat naik di laman TikTok melibatkan sebuah kereta tidak berhenti di lampu isyarat merah sehingga hampir melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan di lamp isyarat Jalan Sultan Hishamudin.
“Bertindak atas maklumat, pada jam 8.15 pagi hari ini, JSPT KL telah membuat tangkapan ke atas pemandu kereta terbabit. Siasatan awal mendapati pemandu kereta adalah seorang lelaki berumur 42 tahun merupakan seorang pemandu e-hailing,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21 15 9999 atau Bilik Gerakan JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/ 0269 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

