PELAKSANAAN program subsidi petrol di bawah BUDI MADANI RON95 atau BUDI95 dijamin berjalan lancar dengan kapasiti sistem server (pelayan) lebih besar yang mampu memproses sehingga 30,000 transaksi seminit.
Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini.
Menurut Perdana Menteri, peningkatan keupayaan pelayan itu bagi memastikan tiada gangguan teknikal berlaku terutama pada tempoh awal pelaksanaan BUDI95 itu.
Beliau berkata, ia bagi mengelakkan masalah teknikal seperti yang berlaku ketika pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebelum ini.
“Nak elak masalah yang dihadapi tatkala kita perkenalkan di awal pelaksanaan SARA. Jadi, BUDI95 kapasiti server (pelayan) itu jauh lebih besar.
“SARA itu sebenarnya direncana untuk kumpulan lebih kecil, kita belajar daripada pengalaman itu.
“Jadi, SARA mampu memproses 3,000 transaksi seminit tapi BUDI95, server itu mampu memproses 10 kali ganda maknanya lebih 30,000 transaksi seminit,” katanya.
Baca artikel lain: Perdana Menteri akan sampaikan Syarahan Presiden di Istana Presiden Timor-Leste
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, BUDI95 dilaksanakan bagi memastikan hanya rakyat tempatan yang menerima manfaat sekali gus mengelak ketirisan kepada warga asing.
“Bila kita turunkan harga untuk warganegara, kita perlu tentukan siapa warganegara. Kalau tidak, orang lain dapat. Warga asing bukan rakyat kita, tidak bayar cukai seperti kita. Jadi mereka tidak layak harga subsidi.
“Warga asing di Malaysia maksudnya orang luar yang tinggal di sini dan daftar kenderaan Malaysia. Mereka masih dapat harga relatif murah (RM2.60) tapi bukan harga subsidi penuh. Kalau kenderaan (nombor plat) luar, mereka bayar harga RON97,” katanya.
snin lalu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter hanya untuk warganegara, berkuat kuasa 30 Sept ini melalui penyasaran subsidi di bawah BUDI95.
Semua warganegara yang memiliki lesen memandu sah layak untuk subsidi RON95 dan berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dianggarkan lebih 16 juta orang layak menerima subsidi itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

