Perdana Menteri akan sampaikan Syarahan Presiden di Istana Presiden Timor-Leste

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama dalam siri Syarahan Presiden di Istana Presiden Timor-Leste pada pukul 4 petang ini.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan, beliau akan berkongsi pelbagai isu terutama mengenai hubungan dua hala Malaysia dengan Timor-Leste dalam ucaptama tersebut.

“Saya akan menyampaikan ucaptama dalam siri Presidential Lecture (Syarahan Presiden) di Istana Presiden sempena lawatan rasmi saya ke Timor-Leste.

“Program ini menjadi wadah penting untuk berkongsi pandangan mengenai hubungan dua hala, kerjasama serantau serta isu-isu global yang mendasari kepentingan bersama,” katanya dalam hantaran tersebut.

Ucaptama itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Dalam majlis di China Hall itu, Anwar akan dikurniakan Grand Collar of the Order of Timor-Leste, iaitu anugerah sivil tertinggi negara tersebut.

Baca artikel lain: Anwar jemput PM baharu Thailand kunjungi Malaysia, erat hubungan baik dua negara

Anwar bertolak ke Timor-Leste semalam untuk lawatan rasmi selama dua hari.

Lawatan itu adalah atas jemputan rakan sejawatnya, Kay Rala Xanana Gusmão dan akan memfokuskan kepada memperkukuh hubungan dua hala sambil menyokong kesediaan Timor-Leste untuk menjadi ahli ke-11 blok serantau ASEAN.

Nilai dagangan dua hala Malaysia-Timor-Leste pada 2024 mencecah RM85 juta pada tahun lalu dengan kira-kira 250 syarikat Malaysia beroperasi di negara itu dalam sektor perkhidmatan, pembinaan dan perdagangan.

Setakat ini, kira-kira 150 rakyat Malaysia daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja mahir berdaftar di Kedutaan Malaysia di Dili.

Timor-Leste memohon menyertai ASEAN pada 2011. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, pemimpin bersetuju menerima negara itu sebagai anggota ke-11 blok berkenaan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada bulan depan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This