BINTANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama sebagai antara tiga calon utama bagi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
AFC dalam kenyataan memaklumkan, selain Arif Aiman, dua lagi nama yang tercalon adalah dua nama besar bola sepak di benua ini iaitu Akram Afif dari Qatar dan Salem Al-Dawsari dari Arab Saudi.
Menurut AFC, Arif Aiman menikmati kempen 2024/2025 yang menakjubkan.
“Pemain berusia 23 tahun itu menunjukkan aksi cemerlang apabila merekodkan lima jaringan ketika membantu JDT mara ke Pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
“Arif Aiman turut menjadi watak penting dalam kejuaraan treble yang dimenangi JDT selain membantu Malaysia yang dalam misi melangkah ke Piala Asia di Arab Saudi pada tahun 2027,” katanya.
Mengulas lanjut, AFC memberitahu, Akram Afif pula bersaing untuk menjadi pemain pertama dalam sejarah memenangi anugerah tersebut bagi kali ketiga.
Baca artikel lain: Safiq, Farizal ucap selamat tinggal kepada JDT
Katanya, superstar Qatar itu yang pernah menjadi Pemain Terbaik Tahunan AFC dalam edisi sebelumnya dan pada tahun 2019 membantu Al Sadd SC menjulang rekod mahkota liga ke-18 dan mara ke peringkat lapan terakhir ACLE.
Sementara itu, Maestro Arab Saudi, Salem Al Dawsari pula berharap dapat menambah koleksi Pemain Terbaik Tahunan AFC selepas berjaya memperoleh anugerah itu pada tahun 2022.
Bintang berusia 34 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang bagi musim 2024/2025 dengan membawa Al Hilal SFC ke peringkat Separuh Akhir ACLE di samping menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 10 gol.
Al Dawsari turut menyinar ketika Al Hilal mara ke pusingan lapan terakhir di Piala Dunia Kelab FIFA 2025 lalu.
Pemenang bagi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan AFC akan diumumkan dalam majlis yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada 16 Oktober ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

