KANAK-kanak yang cedera parah akibat dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya menerima lebih 50 jahitan di bahagian kepala.
Bapa mangsa, Muhammad Badrul Remli, 31, berkata, luka pada Muhammad Ammar, 7, hanya dijahit dengan tiada sebarang pembedahan dibuat kerana darah masih keluar dari tempurung kepala yang retak di beberapa bahagian.
Katanya, Muhammad Ammar ditidurkan sebaik dibawa ke Hospital Bachok pada Khamis lalu, sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
“Anak saya masih kritikal… 50-50, kalau ikutkan imbasan tempurung kepala anak retak 50 peratus dan ada bengkak pada otak.
“Saya harapkan ada keajaiban untuk kesembuhan anak,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: BUDI95: Kecualikan bayaran RM10 ganti MyKad, kerajaan belanja sekitar RM714,000
Muhammad Badrul berkata, pendarahan masih berlaku di kepala anak sulungnya itu tetapi Muhammad Ammar ada menunjukkan sedikit reaksi dengan menggerakkan kepala petang semalam.
“Kakak saya (isteri suspek) sudah dibebaskan polis pada jam 4 petang semalam selepas ditahan untuk membantu siasatan.
“Kakak beritahu suaminya (suspek) kelihatan gelisah dan tidak tidur sejak dua minggu lalu sebelum kejadian dia memukul anak saya dengan tukul.
“Kami sekeluarga tidak sangka semua ini boleh berlaku, dan kami harapkan doa orang ramai untuk kesembuhan anak,” katanya lagi.
Muhammad Ammar cedera selepas dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok, Khamis lalu.
Suspek berusia 46 tahun itu kemudian melarikan diri ke Pantai Melawi kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian sebelum ditemui mati tergantung di sebatang pokok di pantai berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

