Polis buru sekumpulan individu pecahkan cermin Tesla, larikan RM100,000

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memburu sekumpulan individu yang mencuri wang tunai RM100,000 dengan cara memecahkan cermin hadapan sebuah kereta jenis Tesla di kawasan Taman Perling, Johor Bahru, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 1.34 petang, 25 September lalu yang dibuat seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada hari yang sama lebih kurang jam 10.11 pagi.

“Pengadu telah meletakkan kereta miliknya jenis Tesla dalam keadaan berkunci baik. Namun, semasa hendak menggunakan semula kereta tersebut, didapati cermin hadapan bahagian pemandu telah dipecahkan oleh suspek yang tidak dikenali.

“Barang yang dilaporkan hilang ialah sebuah beg berisi sejumlah wang tunai dengan anggaran kerugian sebanyak RM100,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Balveer Singh berkata, pihaknya telah mengesan satu video yang telah dimuat naik di laman sosial Facebook yang memaparkan beberapa individu telah memecahkan cermin kereta dan membawa lari sejumlah wang tunai.

Menurut Balveer Singh, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu seksaan bagi kesalahan mencuri di mana barang siapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

“Pihak polis menyeru orang rami yang mempunyai maklumat berkaitan kes jenayah supaya menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This