Gempa bumi kuat di Cebu, Filipina: Tiada rakyat Malaysia terjejas

Dari Penulis

TIADA rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas dengan kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 di Kepulauan Cebu, Filipina.

Perkara itu disahkan Wisma Putra dengan Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila memantau situasi terkini bencana berkenaan.

Jelas Wisma Putra, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 9.59 malam tadi waktu tempatan, yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan perpindahan ratusan keluarga.

“Malaysia menzahirkan rasa takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Filipina, khususnya kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat bencana ini.

“Kementerian Luar Negeri sedang menyelaras dengan agensi-agensi berkaitan berhubung bantuan yang boleh disalurkan kepada pihak Filipina,” jelasnya dalam kenyataan.

Wisma Putra menambah, pihak kedutaan secara aktif sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas katanya, dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila melalui butiran di bawah:

Kedutaan Besar Malaysia di Manila

Alamat : Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Philippines

No. Telefon : +63 2 8662 8200 / 0917 864 0761

Emel : [email protected]


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This