Gempa bumi kuat Leyte, Filipina: Lebih 20 maut, gegaran turut dirasai di Sandakan

Dari Penulis

SEKURANG-KURANGNYA 20 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 melanda Leyte, Filipina pada pukul 9.59 malam tadi.

Perkara itu dilaporkan New York Times memetik jurucakap kerajaan.

Stesen radio Filipina DZMM pula melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh, memetik laporan daripada pejabat maklumat wilayah Cebu.

Kerajaan wilayah Cebu turut mengeluarkan kenyataan di Facebook untuk mendapatkan sukarelawan perubatan bagi membantu mangsa.

“Terdapat kemungkinan masih ada mangsa yang terperangkap di bawah bangunan runtuh,” kata pegawai penyelamat wilayah, Wilson Ramos kepada AFP, sambil merujuk kepada usaha menyelamat yang sedang dijalankan di San Remigio dan Bogo.

Pihaknya masih belum mengetahui jumlah sebenar mangsa yang hilang.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gegaran turut dirasai di sekitar Sandakan, Sabah.

Walau bagaimanapun jelasnya, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

CNA melaporkan, gempa bumi itu menyebabkan talian elektrik terputus, sekali gus mengakibatkan gangguan bekalan di seluruh Cebu dan pulau-pulau berdekatan.

Gabenor Cebu, Pamela Baricuatro berkata, sejumlah rumah dan sebuah hospital di Bogo serta kawasan lain telah rosak, dan pasukan perubatan kecemasan sedang digerakkan untuk merawat penduduk yang terperangkap dan cedera.

Dalam pada itu tular video di media sosial menyaksikan Jambatan Lapu-Lapu City bergoncang menyebabkan penunggang motosikal terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing.

Daripada video itu dapat dilihat gegaran berlangsung lebih satu minit.

Sementara itu gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Laut Bali, Indonesia pada pukul 12.49 tengah malam tadi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This