FAM perlu jawab secara jelas alasan penghakiman FIFA – Hannah Yeoh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa untuk memberi penjelasan secara jelas tentang segala pendedahan yang dibuat oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, FAM perlu melengkapkan proses rayuan dan mengumumkan hasrat untuk merayu serta mamfailkannya.

“Saya telah membaca Alasan Penghakiman FIFA. FAM tidak boleh berdiam diri dan mesti menjawab secara jelas tentang segala pendedahan yang dibuat oleh FIFA. Penyokong bola sepak tanahair berasa terluka, marah dan kecewa.

“Kita juga tidak boleh melupakan pasukan Harimau Malaya yang akan menentang Laos minggu ini. Kepada pemain Malaysia, kami sentiasa bersama anda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: FAM kemuka rayuan rasmi, tegaskan semua dokumen, bukti lengkap sepenuhnya

Terdahulu, FAM menganggap FIFA membuat kesimpulan yang tidak tepat dan tidak adil.

FIFA sebelum ini mendedahkan butiran terperinci di sebalik keputusan mereka menjatuhkan hukuman berat kepada FAM dan tujuh pemain warisan negara.

Susulan pendedahan berkenaan, FAM memandang serius beberapa kesimpulan yang dibuat Jawatankuasa Disiplin FIFA termasuk membabitkan dakwaan isu pemalsuan dokumen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya tidak pernah U-turn, pendirian tetap sama isu PTPTN, kata Adam Adli

"Saya tidak pernah rasa saya berubah pandangan, buat U-turn dan sebagainya. Saya keras dengan pandangan saya." Demikian penegasan Timbalan Menteri...

More Articles Like This