GABUNGAN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang mewakili masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia hari ini menyatakan sokongan padu terhadap Misi Kemanusiaan Sumud Flotilla ke Palestin, sambil memuji keberanian dan keteguhan para aktivis yang terlibat.
Gabungan NGO tersebut dalam kenyataan memaklumkan turut menyambut baik pembebasan semua aktivis yang telah ditahan, serta menganggap ketabahan mereka sebagai simbol keberanian sejagat dalam menentang kezaliman dan ketidakadilan.
“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sokongan terhadap keberanian aktivis Misi Sumud Flotilla yang telah membawa mesej solidariti kemanusiaan untuk rakyat Palestin,” menurut kenyataan bersama itu.
“Perjuangan ini belum berakhir, dan bahawa usaha kemanusiaan, kesedaran serta solidariti terhadap rakyat Palestin akan diteruskan ke fasa seterusnya,” jelas kenyataan itu.
Kenyataan bersama itu ditandatangani para pemimpin dan wakil pelbagai agama serta komuniti termasuk Dr Muhammad Fairuz Azmi (Youth for Unity Malaysia); Shah Kirit Kakulal Govindji (Global Unity Network), Jason Leong (Association of Next Gen Christians of Malaysia); Dr Balachandran Gopal Krishnan (Malaysia Hindu Sangam Terengganu); Dr Charanjit Kaur (aktivis agama Sikh); Loh Pai Ling (aktivis agama Buddha); Dr Shawn Loh Sheng Nian (Asia Pacific Entrepreneurs Association); Harinder Kaur (Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia); Low Lee Leong (Gerakan Rakyat Patriotik); Chew Hoong Ling (aktivis sosial); Syahrul Md Yusoff (Kitakan Kawan) dan Tai Zee Kin (Pendukung Perpaduan).
Mengulas lanjut, kenyataan itu menambah, menyorot semangat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia, gabungan utu menegaskan bahawa isu Palestin bukan semata-mata isu agama, tetapi isu kemanusiaan sejagat yang menuntut keprihatinan seluruh insan.
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kebebasan dan maruah rakyat Palestin mesti dihormati sebagaimana yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa.
Gabungan NGO tersebut juga berkata, solidariti merentasi kaum dan agama adalah kekuatan sebenar Malaysia, suara perpaduan dan keadilan sejagat.
“Kemanusiaan menyatukan kita. Solidariti ini akan terus hidup hingga Palestin merdeka,” menurut kenyataan tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

