POLIS akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan mangsa menolak luahan perasaan suspek susulan kes tikam hingga maut seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah, hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, dakwaan berkenaan tersebar di media sosial dan ia turut berada dalam siasatan lanjut pihaknya.
“Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Terdahulu, pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan sehingga mati di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, dikatakan meluahkan perasaannya kepada mangsa malam tadi, namun ditolak.
Baca artikel lain: Bajet 2026: Subsidi bersasar bukti keberkesanan dasar, ketelusan pentadbiran MADANI
Perkara itu didedahkan seorang pelajar di sekolah sama, sambil menyatakan daripada apa yang didengari, suspek dikatakan marah selepas pengakuan perasaannya kepada mangsa ditolak.
Mangsa dikatakan cedera ditikam di bahagian badan dengan beberapa tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

