Pelajar maut ditikam: Orang ramai jangan buat spekulasi, hormati perundangan – KP Pendidikan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan gambar insiden tikam sehingga mengakibatkan seorang pelajar maut di sebuah sekolah di Petaling Jaya.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berharap, agar semua pihak menghormati undang-undang dan menyerahkan sepenuhnya proses siasatan kepada pihak berwajib.

“Saya nasihatkan kita ada undang-undang, kita ada peraturan, lebih-lebih lagi apa yang berlaku ini melibatkan anak-anak kita di bawah umur.

“Kita ada akta yang berkaitan dengan anak-anak bawah umur dan kita kena kendalikan, uruskan berdasarkan akta yang ada tersebut.

“Jadi saya menyeru, kalau masing-masing ada maklumat, sila kemukakan maklumat itu kepada PDRM,” katanya dalam sidang akhbar khas, hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan suspek mempunyai masalah mental, Mohd Azam berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci berkenaan kes tersebut.

“Perkara itu masih dalam siasatan polis dan kita tunggulah laporan polis seterusnya,” katanya lagi.

Pada masa sama, Mohd Azam berkata, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sekolah yang menjadi lokasi insiden tikam hari ini akan berjalan seperti biasa.

“Perkara itu akan dilihat dengan teliti. Sekarang ini, proses PdP sekolah itu akan berjalan seperti biasa, siasatan tak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This