‘Tiba masa kita bertindak holistik, bina semula asas pendidikan jiwa’ – Asyraf Wajdi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SUDAH tiba masa semua pihak termasuk ibu dan bapa bertindak secara holistik dalam membina semula asas pendidikan di negara ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan perkara tersebut selepas tersentuh dengan berita kematian pelajar perempuan Tingkatan 4 yang ditikam di Petaling Jaya.

Dakwanya, beberapa kejadian yang berlaku kebelakangan ini memperlihatkan secara jelas betapa generasi muda pada ketika ini berdepan dengan masalah besar.

“Baru saja kita dikejutkan dengan kes rogol beramai-ramai di Melaka dan paling membimbangkan semuanya dilakukan oleh pelajar sekolah.

“Terlalu banyak tragedi sebegini kebelakangan ini. Ia bukan lagi isu disiplin semata-mata, tapi tanda rapuhnya nilai dan akhlak generasi muda.

Baca artikel lain: Pelajar maut ditikam: Suspek didakwa marah mangsa tolak cintanya – Saksi

“Sudah tiba masanya kita bertindak secara holistik, semua pihak ibu bapa, guru dan masyarakat perlu bersama membina semula asas pendidikan jiwa. Segalanya bermula di rumah,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dilaporkan maut akibat ditikam berkali-kali oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, mangsa dipercayai ditikam suspek di kawasan tandas pelajar perempuan ketika kejadian.

Katanya, suspek telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This