KKM akui 2 kanak-kanak meninggal positif influenza A

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengakui bahawa dua kanak-kanak yang meninggal dunia positif dijangkiti influenza A.

Meskipun begitu, menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihak beliau ketika ini sedang menjalankan proses semakan terhadap kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Ya kedua-dua telah dikesan mengalami influenza A. Tetapi kita belum dapat (laporan), masih lagi dalam kajian, penelitian kami apakah punca sebenarnya kematian kedua-dua kanak-kanak ini.

“Satu di Samarahan, empat tahun dan juga di Terengganu 11 tahun, lelaki kedua-duanya. Jadi kita masih menunggu atas sebab punca kepada kematian,” katanya.

Baca artikel lain: 4 sekolah terjejas akibat ribut jalani PdPR – KPM

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang meminta pengesahan dari KKM tentang punca sebenar kematian dua kanak-kanak yang dijangkiti influenza A itu.

Sebelum ini, tular seorang kanak-kanak dari Kampung Sadong Jaya A di Samarahan, Sarawak dilapor meninggal dunia.

Pagi tadi, seorang-seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia di Dungun, Terengganu dipercayai akibat jangkitan influenza.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This