AMEM ke-43 mampu percepatkan proses peralihan tenaga di ASEAN

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA berharap Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 mampu mempercepatkan proses peralihan tenaga sekali gus mencapai matlamat pelepasan sifar karbon di rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2050-2060

Timbalan Ketua Setiausaha Tenaga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi (PETRA), Mareena Mahpudz berkata, mesyuarat disertai oleh menteri tenaga ASEAN itu kini sedang berlangsung di ibu negara bermula 14 Oktober sehingga esok.

Jelasnya, ia melibatkan pembabitan 10 negara ASEAN, Timor Leste dan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan serta Jepun, selain disertai oleh 1,000 orang peserta.

“Kita sebenarnya merangka satu pelan hala tuju strategik untuk rantau ASEAN berhubung dengan keselamatan dan keterjaminan pembekalan elektrik, dan juga keselamatan dan pembekalan tenaga yang turut melibatkan minyak dan gas.

“Selain itu, objektifnya juga adalah untuk mempercepatkan lagi agenda peralihan tenaga di rantau ASEAN yang mana kita menyasarkan tahun 2050-2060 terdapat negara ASEAN yang telah membuat komitmen ke arah pelepasan karbon sifar.

“Jadi ini adalah platform strategik kita membincangkan hala tuju, pelan tindakan kita akan laksanakan menuju ke arah pelepasan sifar tersebut,” katanya ketika ditemui UtusanTV.

Baca artikel lain: Mini Cooper rempuh 5 kereta gara-gara tersilap tekan pedal minyak

Organisasi antarabangsa yang turut menyertai AMEM ke-43 adalah International Energy Agency (IEA), International Renewable Energy Agency (IRENA), Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA), Bank Dunia dan Asian Development Bank (ADB).

Mesyuarat ini turut bertujuan menggalakkan penyertaan dan pelaburan sektor swasta melalui Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF), bagi memperkasa perkongsian dalam tenaga boleh baharu, infrastruktur grid, penyimpanan tenaga dan teknologi bersih.

Mareena menambah, peranan AMEM sangat penting kerana ia menghimpunkan menteri-menteri tenaga ASEAN serta pembuat dasar dalam bidang tenaga dan ia memberi ruang untuk banyak keputusan boleh dilaksanakan secara konsensus.

Ujarnya, keputusan sebegitu akan membolehkan ASEAN mempercepatkan lagi usaha pelaksanaan proses peralihan tenaganya.

“Dalam rantau ASEAN kerjasama di antara 10 negara ini memang erat, kita saling berhubung dan kita juga mendapat sokongan dari negara maju, bagaimana kita berkongsi pengalaman, maklumat dan idea untuk melaksanakan sesuatu projek.

“Jadi kita mendapatkan pandangan dan juga pengalaman yang telah dilalui oleh negara-negara maju, bagaimana kita boleh menolak agenda lebih ke hadapan supaya pelaksanaan boleh dilakukan dengan lebih cepat,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This