Kaji semula struktur, fungsi MyCC – Jalaluddin

Dari Penulis

STRUKTUR serta fungsi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) perlu dikaji semula oleh Kerajaan MADANI, kata Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).

Hal itu menurut Jalaluddin kerana MyCC ketika ini dilihat tidak menepati objektif penubuhan asalnya untuk melindungi kepentingan pengguna dan memastikan pasaran adil serta kompetitif.

Katanya, MyCC dilihat hanya memberi tumpuan kepada isu teknikal dalam sektor kurang kritikal, selain mengejar kes berprofil tinggi tanpa impak langsung kepada rakyat.

Menurut Jalaluddin, ketika rakyat terbeban dengan isu caj dan bayaran yang seolah-olah tidak mendapat perhatian dan gagal dikawal selia MyCC, pemain industri kritikal seperti makanan, pengangkutan, perubatan dan insurans meraih keuntungan besar dan terus melonjak saban tahun.

“Justeru, wajar sekali satu kajian semula terhadap bidang kuasa dan keutamaan penguatkuasaan MyCC dilakukan segera supaya tidak dilihat syok sendiri.

“Kegagalan mengutamakan kepentingan rakyat adalah kegagalan yang tidak boleh dikompromi. Sudah terbukti isu kos sara hidup di beberapa negara membawa kepada rusuhan rakyat yang terkesan dan akhirnya menggugat kestabilan dan ekonomi negara.

“Sampai bila putaran kegagalan MyCC ini akan memberi kesan buruk kepada rakyat. Dengan membiarkannya berlarutan sedemikian begitu lama seakan-akan sabotaj kepada Kerajaan MADANI, yang komited dan serius mahu membela rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Jalaluddin lagi, kegiatan kartel dalam sektor makanan sebagai contoh bukan sekadar menjejaskan struktur persaingan pasaran, malah turut membawa kesan langsung terhadap harga barang yang dibayar pengguna.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This