IBU kepada pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dalam kes tikam di sekolah menengah dekat Bandar Utama, mendakwa anak perempuannya ditikam lebih 200 kali oleh suspek pembunuh.
Wong Lee Ping berkata, kebanyakan kecederaan pada anaknya tertumpu pada sebelah kanan badan.
Katanya, banyak maklumat palsu telah tersebar di media sosial sejak kejadian tragik itu.
“Kami tahu laporan dalam talian mengatakan 50 tikaman, tetapi sebenarnya anak perempuan saya mengalami 200 tikaman. Dia 200 luka tikaman. Bukan tetakan, tetapi tikaman.
“Dari bahagian atas kanan turun ke kawasan kaki,” kata Li Peng.
Katanya, dia difahamkan suspek didakwa melompat masuk ke dalam tandas dari atas ketika Yap berada di dalam dan telah mengunci pintu.
“Suspek melompat turun dari atas ke dalam bilik dan menikamnya. Anak perempuan saya menjerit kuat; ada orang dengar,” dakwa Wong, sambil menambah bahawa penyerang telah melarikan diri ketika ada orang lain tiba.
“Pada masa guru itu datang dan memaksa pintu dibuka, dia (anak saya) sudah tiada (meninggal dunia),” kata Li Peng.
Dalam pada itu, Li Peng menyifatkan mendiang anaknya juga seorang yang penyayang dan sentiasa mengambil berat terhadap ibu bapa.
“Dia selalu fikir tentang kami, sentiasa hormat ibu bapa. Dia seorang anak yang baik dan bertanggungjawab,” katanya sambil berharap masyarakat berhenti menularkan maklumat palsu mengenai kejadian itu dan memberi ruang kepada keluarganya untuk meratapi kehilangan.
“Anak saya mangsa sebenar. Kami cuma mahu keadilan dan kebenaran,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

