[V] Kozae hidupkan kenangan dalam Pengubat Rindu, lagu sarat emosi buat sahabat sejati

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS mencuri perhatian dengan kolaborasi Realiti bersama Azharina pada 2024, penyanyi rap dan komposer berbakat, Kozae (anggota One Nation Emcees) kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Pengubat Rindu.

Namun kali ini, Kozae hadir bukan sekadar dengan karya muzik baharu sebaliknya membawa sebuah kisah peribadi yang menyentuh jiwa, tentang persahabatan, kehilangan dan makna sebenar merindui.

Sejak pratonton Pengubat Rindu mula tular di media sosial, ramai peminat terkejut dengan suara misteri yang dikatakan mirip Allahyarham Sudirman. 

Ada yang menyangka lagu ini hasil sentuhan kecerdasan buatan (AI), namun hakikatnya, ia dinyanyikan oleh NXR, seorang penyanyi misteri yang juga sahabat lama Kozae.

“Ramai tanya, ini AI ke? Tapi tidak. Suara itu datang dari manusia sebenar yang saya kenal lama, cuma dia tak mahu identitinya didedahkan. 

“Dia kawan lama yang saya jumpa semula di media sosial dan dari pertemuan itulah, tercetusnya Pengubat Rindu,” kata Kozae membuka cerita.

Pertemuan semula antara dua sahabat itu menjadi detik penting dalam kelahiran lagu ini. 

Namun, tanpa disangka, mesej dalam liriknya kemudian membawa makna yang lebih mendalam seolah-olah pesanan terakhir daripada arwah sahabat baik Kozae, Allahyarham Jojoe, yang pernah sama-sama berjuang dalam dunia seni.

“Lagu ini pada asalnya tentang perjalanan hidup dan persahabatan. Tapi bila saya hayati semula bait-baitnya, saya rasa macam arwah yang berbicara. 

“Sebelum dia meninggal dunia, dia pernah pesan, kalau rindu aku, jadikan itu pengubat rindumu. Kata-kata itu kekal di hati saya sampai sekarang,” ujarnya.

Dengan gabungan rentak rap balada dan susunan muzik yang lembut tetapi penuh kekuatan emosi, Pengubat Rindu membawa pendengar menyelami perasaan rindu, kehilangan dan keikhlasan dalam persahabatan.

Karya ini turut menampilkan sentuhan kreatif Kozae dan Dan.el selaku komposer, manakala liriknya dihasilkan oleh Kozae, Trigga dan Dan.el.

Menurut Kozae, lagu ini juga menjadi satu bentuk refleksi terhadap perjalanan hidupnya sebagai artis dan manusia.


“Kadang-kadang, muzik adalah cara paling jujur untuk kita bercakap dengan masa lalu. 

“Lagu ini bukan sekadar hiburan, ia doa dan penghargaan buat yang telah pergi,” katanya lagi.

Bermula 15 Ogos 2025, Pengubat Rindu boleh didengari di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music, Joox dan YouTube Music.

Dengan vokal mengusik jiwa, kisah peribadi yang tulus, dan mesej yang merentas sempadan kehilangan, Pengubat Rindu bukan sekadar lagu, ia adalah kenangan yang dihidupkan semula dalam bentuk melodi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This