Permohonan undi pos PRN Sabah dilanjut hingga Isnin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TARIKH tutup permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah dilanjutkan sehingga Isnin ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Shahril, lanjutan tarikh tutup permohonan undi pos itu melibatkan Kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan Kategori 1C bagi agensi atau organisasi.

“Mana-mana pengundi yang layak di bawah Kategori 1B dan Kategori IC boleh memohon secara dalam talian (online) di pautan https://myspr.spr.gov.my hingga 27 Oktober 2025 (Isnin).

“Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-8892 7080 atau 03-8892 7018,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Pemberian khas kepada Sabah meningkat hingga RM600 juta, kaedah baharu sedang dirumus – PM

Sebelum ini, SPR menetapkan 15 November ini sebagai hari penamaan calon sementara 25 November merupakan tarikh pengundian awal dan 29 November pula hari mengundi bagi PRN Sabah ke-17.

SPR menerima makluman rasmi berhubung pembubaran itu daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya pada 6 Oktober, sehari selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN.

PRN-17 Sabah menyaksikan sebanyak 73 kerusi bakal dipertandingkan di 25 kawasan Parlimen negeri itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Amanah pertahan Sharon Teo, nafi calon ‘payung terjun’ di Permas

PARTI Amanah Negara (Amanah) mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

More Articles Like This