Tuan Ibrahim nafi Pas tolak kemasukan Wan Ahmad Fayhsal

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya parti itu tidak bercadang menerima kemasukan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai ahli parti itu.

Ia selepas penularan tangkap layar kononnya laporan sebuah portal berita bertajuk ‘Pas tak bercadang terima Wan Fayhsal jadi ahli buat masa ini’.

Tangkap layar tersebut turut memaparkan wajah Tuan Ibrahim seolah-olah beliau yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Dalam hantaran di Facebook, Tuan Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai gerakan terdesak sesetengah pihak sehingga sanggup membuat fitnah.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa tangkap layar tersebut adalah palsu.

“Suhu pilihan raya semakin panas. Nampak gayanya ada pihak yang semakin terdesak dengan membuat fitnah sebegini.

Baca artikel lain: Karakter disenangi, Pas yang namakan Hamzah Ketua Pembangkang, dakwa Wan Ahmad Fayhsal

“Kepada semua ahli Pas dan penyokong Perikatan Nasional (PN), diminta bertenang dan jangan cepat melatah. Tapis dahulu setiap berita yang diterima,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal ketika hadir dalam audio siar The Zaid Ibrahim Podcast terbuka dengan cadangan menyertai Pas bagi memperkukuhkan gabungan pembangkang pada peringkat akar umbi.

Beliau yang ketika ini digantung selama sepenggal oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menolak pertanyaan itu ketika menjawab pertanyaan sama ada beliau bersama kumpulan penyokong Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersedia menyertai Pas sebagai alternatif jika kemelut kepimpinan dalam parti itu sukar diselesaikan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu berpandangan bahawa ahli Bersatu perlu melakukan pembetulan semula secara kolektif bagi memulihkan kepercayaan rakyat, sekali gus mengembalikan perpaduan dalam PN.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This