Remaja antara yang ditahan dalam Op Pedo 2.0, bongkar 880,000 fail digital CSAM

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menemui lebih 880,000 fail digital mengandungi bahan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan pornografi dewasa ditemui dalam operasi khas bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam Op Pedo 2.0, bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, rampasan itu membabitkan 82 peranti digital termasuk komputer, telefon bimbit, modem dan storan digital hasil serbuan di 37 lokasi seluruh negara.

Menurut Mohd Khalid, jumlah fail yang ditemukan menunjukkan peningkatan lebih 20 kali ganda berbanding operasi terdahulu, Op Pedo 1.0, yang dijalankan Disember tahun lalu dan hanya merekodkan 40,000 fail digital.

Dalam Op Pedo 2.0, Mohd Khalid berkata, enam kanak-kanak dan remaja antara 31 individu yang ditahan.

“Operasi khas Op Pedo Bersepadu 2.0 oleh PDRM dan MCMC dilaksanakan serentak di 37 lokasi seluruh negara pada 20 hingga 30 September lalu.

“Operasi dibuat hasil risikan digital oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diketuai Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian D11 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Siti Kamsiah Hassan.

“Sebanyak 31 tangkapan dibuat merangkumi 25 sasaran utama dan enam tangkapan susulan, membabitkan 30 warga tempatan serta seorang warga asing.

“Mereka merangkumi individu berusia antara 12 hingga 71 tahun daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, guru, jurutera, pereka grafik dan penganggur,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This