“ANTARA pemain yang pernah saya syorkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuklah tujuh pemain warisan yang kini terlibat dalam kes siasatan dan sekatan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).”
Demikian kata Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam kenyataan.
Tengku Abdul Rahman berkata, langkah itu dilakukan dengan niat murni untuk membantu memperkukuhkan skuad kebangsaan.
Pada masa sama, Tengku Muda Pahang itu menjelaskan, cadangan itu juga bagi membuka peluang kepada bakat-bakat berdarah Malaysia di luar negara untuk berkhidmat kepada tanah air.

Sepanjang penglibatan dalam bola sepak, Tengku Abdul Rahman berkata, ramai ejen telah berjumpa dan memperkenalkan pemain-pemain mereka kepadanya.
“Sejak hujung tahun 2024, beberapa ejen telah menghubungi saya bagi mencadangkan pemain untuk tujuan penilaian.
“Saya telah memanjangkan cadangan tersebut kepada FAM untuk dinilai dengan lebih terperinci, bagi menentukan sama ada pemain-pemain berkenaan memenuhi syarat sebagai pemain warisan dan seterusnya dipertimbangkan untuk menyertai skuad kebangsaan,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Tengku Abdul Rahman memaklumkan, semua tujuh pemain tersebut kini merupakan warganegara Malaysia yang sah setelah diberikan kewarganegaraan oleh Kerajaan Malaysia melalui proses yang sah dan teratur mengikut peruntukan undang-undang negara.
Baca artikel lain: Sidang media hanya keruhkan keadaan, apa seterusnya bagi FAM?
Sebelum ini, katanya, pasukan Pahang juga pernah terlibat dalam proses naturalisasi beberapa pemain seperti Mohamadou Sumareh, Sergio Aguero dan Lee Tuck.
“Usaha tersebut dilaksanakan dengan tujuan memperkukuhkan pasukan Harimau Malaya serta memberi lebih banyak pilihan taktikal kepada barisan kejurulatihan.
“Saya percaya bahawa kehadiran pemain naturalisasi dan pemain warisan mampu meningkatkan kualiti permainan serta daya saing skuad negara.
“Setiap usaha yang dapat membantu mempertingkatkan standard bola sepak Malaysia akan sentiasa saya sokong,” katanya.
Tengku Muda turut menzahirkan penghargaan terhadap visi dan usaha berterusan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dalam mempertingkatkan mutu bola sepak negara serta menjadikan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai penanda aras profesionalisme dan pengurusan moden bola sepak tempatan.
“Bertitik tolak daripada semangat terbabit, saya juga ingin berkongsi sedikit sumbangan dan pengalaman saya dalam industri bola sepak, khususnya berkaitan proses naturalisasi calon-calon pemain serta pemain berpotensi yang layak sebagai pemain warisan untuk mewakili skuad kebangsaan,” kata Tengku Abdul Rahman.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

