Anwar sentuh isu Gaza, gesa Trump fokus pada keamanan menyeluruh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump untuk terus fokus dan memastikan keamanan menyeluruh yang diperlukan dunia.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN berkata, Trump sudah memainkan peranan penting dalam memastikan keamanan dapat dicapai di wilayah Palestin itu, khususnya menerusi Pelan Damai yang digagaskan pentadbirannya bersama beberapa negara sebelum ini.

“Saya mengambil kesempatan penuh untuk meneroka isu lain dan berterima kasih kepada Trump yang menjayakan perdamaian di banyak tempat lain di dunia termasuk Gaza.

“Saya juga menggesa beliau untuk terus fokus dan memastikan keamanan menyeluruh yang diperlukan dunia.

“Saya sangat gembira untuk mendengar sendiri daripada Trump bagaimana kesungguhannya untuk memastikan keamanan dapat dicapai termasuk kawasan yang sukar diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ekonomi negara berkembang positif kesan pelaksanaan reformasi Kerajaan MADANI – PM

MESKIPUN dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan namun perkembangan ekonomi negara menunjukkan petanda yang positif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

More Articles Like This