PERJANJIAN damai antara Thailand dan Kemboja menandakan satu langkah penting ke arah memastikan kestabilan dan kemakmuran di Asia Tenggara, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump.
Ketika menyaksikan majlis menandatangani perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian KL-Trump, Trump berkata, AS berbangga kerana memainkan peranan dalam memudahkan tercapainya perjanjian tersebut.
“Atas nama AS, saya berbangga kerana dapat membantu menyelesaikan konflik ini serta membuka jalan bagi masa depan rantau ini di mana negara-negara bebas dapat makmur dan berkembang dalam suasana selamat, stabil dan damai,” katanya.
Pada masa sama, Trump berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting sebagai pengantara dalam menyelesaikan pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja.
Katanya, beliau pernah berjanji kepada Anwar dalam satu panggilan telefon sebelum ini bahawa beliau akan menghadiri majlis itu sekiranya rundingan berjaya dimuktamadkan.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Anwar. Saya menghubunginya pada awal lagi dan berkata, ‘Anda mempunyai dua negara yang sedang bertelagah berhampiran anda. Kita perlukan tempat ketiga, tempat yang neutral,’ dan beliau bersetuju.
“Perdana menteri memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mempertemukan kedua-dua pihak untuk mengadakan rundingan di Kuala Lumpur,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

