Penyertaan Timor-Leste sebagai anggota ASEAN seperti impian jadi kenyataan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PENYERTAAN Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN ke-11 adalah seperti impian yang direalisasikan, kata Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão.

Gusmão berkata, ia juga adalah penegasan kukuh tentang perjalanan rakyatnya yang ditempuhi dengan ketabahan, keazaman dan harapan.

Kata beliau, pencapaian itu juga mengesahkan visi ASEAN tentang sebuah keluarga negara yang benar-benar bersatu yang terikat dengan nilai dan aspirasi bersama serta masa depan yang dibina secara kolektif.

“Hari ini, sejarah tercipta. Timor-Leste telah diterima sebagai negara anggota ASEAN ke-11. Bagi rakyat Timor-Leste, ini bukan sahaja impian yang direalisasikan, tetapi penegasan yang kuat tentang perjalanan kami, yang ditandai dengan ketabahan, keazaman dan harapan.

Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmão menyifatkan penyertaan negara itu ke dalam ASEAN sebagai impian yang direalisasikan dan penegasan kukuh tentang perjalanan rakyatnya yang ditempuhi dengan ketabahan, keazaman dan harapan.

Berucap pada majlis menandatangani Deklarasi Kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini hari ini, Gusmão berkata pencapaian itu juga mengesahkan visi ASEAN tentang sebuah keluarga negara yang benar-benar bersatu yang terikat dengan nilai dan aspirasi bersama serta masa depan yang dibina secara kolektif.

“Hari ini, sejarah tercipta. Timor-Leste telah diterima sebagai negara anggota ASEAN ke-11. Bagi rakyat Timor-Leste, ini bukan sahaja impian yang direalisasikan, tetapi penegasan yang kuat tentang perjalanan kami, yang ditandai dengan ketabahan, keazaman dan harapan.

“Bagi ASEAN, ia adalah penerusan visi, sebuah keluarga negara yang benar-benar bersatu, diikat bersama oleh nilai bersama, aspirasi bersama dan masa depan yang dibina secara kolektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Deklarasi Kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, hari ini.

Mengulas lanjut, Gusmão turut menzahirkan rasa terima kasih yang mendalam kepada semua negara anggota ASEAN, Pengerusi ASEAN dan Sekretariat ASEAN atas kepercayaan, galakan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan panjang bagi mencapai matlamat Timor-Leste untuk menjadi anggota blok itu.

Beliau berkata, pihaknya telah memohon keanggotaan ASEAN sejak 2011 dan telah menyediakan institusi, memperbaharui dasar dan mengukuhkan kesediaan mereka berpandukan kebijaksanaan, sokongan dan kesabaran ASEAN serta rakan kongsinya.

“Penyertaan Timor-Leste adalah bukti semangat rakyatnya, demokrasi muda, lahir daripada perjuangan, kini mengharungi era baharu kerjasama dan pertumbuhan dalam satu daripada rantau paling dinamik di dunia.

“Timor-Leste menyertai ASEAN dengan merendah diri dan rasa bangga, memeluk sepenuhnya nilai teras blok itu iaitu saling menghormati, kerjasama aman, perpaduan dalam kepelbagaian dan perpaduan serantau,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This