Perjanjian Perdamaian Kuala Lumpur titik tolak berakhir pertikaian Thailand, Kemboja

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERJANJIAN Perdamaian Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, semalam menjadi titik tolak kepada berakhirnya pertikaian antara kedua-dua negara.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perjanjian Perdamaian Kuala Lumpur itu merupakan sebuah kejayaan yang berakar daripada rundingan damai dimulakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Julai lalu.

“Semalam mencatat sebuah lagi sejarah apabila Perjanjian Perdamaian Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja berjaya ditandatangani dengan disaksikan Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

“Langkah ini menandakan kesediaan kedua-dua negara untuk menghentikan peperangan, membebaskan tawanan dan membenarkan pemerhati ASEAN termasuk Malaysia menilai pelaksanaan damai di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat Pejabat Perdana Menteri disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim, hari ini.

Baca artikel lain: Diplomasi ASEAN diteruskan dengan lima sidang utama hari ini

Dalam pada itu, Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri telah mempengerusikan lima sidang kemuncak, semalam.

Katanya, ia membabitkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47; Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-13 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-28.

Selain itu, beliau berkata, Perdana Menteri juga telah mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) ke-3 dan Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-22 yang dilakukan secara maya.

“Sidang-sidang ini telah berjaya menjadi wadah untuk memperkukuh kerjasama strategik ASEAN bersama rakan-rakan strategik atau rakan dialog.

“Ia memperluas sinergi dalam bidang perdagangan, digital, tenaga dan pembangunan mampan sekali gus mengangkat suara ASEAN ke tahap lebih berpengaruh di pentas global,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This