KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah mengambil langkah untuk membuat penambahbaikan ke atas tatakelola dan prosedur pengambilan tanah.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu adalah selaras dengan keperluan semasa dan isu-isu tuntutan mahkamah.
Katanya, JKPTG juga dalam tindakan meneliti pindaan-pindaan ke atas Akta 486 yang melibatkan award pampasan, isu-isu pengeluaran hak milik sambungan dan pembaharuan prosedur bagi rujukan ke mahkamah.
“Cadangan penambahbaikan ini juga akan memberi fokus kepada bayaran pampasan yang setimpal, pengambilan tanah yang memberi manfaat kepada rakyat serta ruang untuk tuntutan pampasan di mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas mengenai cadangan kementerian meminda Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan pindaan terkini 2021 memandangkan masih wujud kelemahan dalam aspek perlindungan rakyat termasuk tafsiran ‘kepentingan awam’ yang terlalu luas, kelewatan bayaran pampasan yang menjejaskan pemilik tanah serta ruang rayuan yang terbatas.
Johari menambah, Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] telah berkuat kuasa mulai 13 Oktober 1960 bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang berkaitan pengambilan tanah, penilaian terhadap pampasan pengambilan tanah dan menyokong pembangunan negara melalui penyediaan tapak untuk tujuan projek-projek awam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

