SERAMAI 58,428 pelajar Tingkatan 4 yang disaring sejak tahun 2016 dikesan sebagai pembawa talasemia.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia merupakan sebahagian daripada 1.8 juta pelajar yang telah mendapat persetujuan ibu bapa atau penjaga untuk menjalani saringan berkenaan.
“Saringan talasemia dilaksanakan sejak 2016 melalui outreach di sekolah dan menumpukan kepada golongan remaja 16 tahun setelah Kementerian Pendidikan memberikan izin kepada Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan),” katanya seperti dilapor Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Kali ke-2 Untuk Penghidap Talasemia dan Penjaga 2025 hari ini.
Dr Dzulkefly berkata, pelaksanaan program saringan terhadap pelajar Tingkatan 4 itu juga menyaksikan kadar kelahiran baharu dengan talasemia iaitu penyakit genetik berkaitan sel darah merah menurun dengan konsisten.
Baca artikel lain: Suspek tetak abang ipar di Jerlun kena reman enam hari
Katanya, langkah melakukan saringan membawa hasil yang baik kerana meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengetahui status mereka dan seterusnya dapat mengelak daripada berkahwin dengan pasangan membawa genetik sama.
Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk mengurangkan kelahiran baharu membawa talasemia sekurang-kurangnya kepada 50 peratus dalam tempoh sedekad menerusi peluasan program saringan praperkahwinan dan pranatal.
“KKM sedang meningkatkan integrasi digital data saringan dalam sistem kesihatan negara untuk meningkatkan ketepatan dan kecekapan tindakan susulan, selain membangunkan Papan Pemuka Risiko Talasemia Kebangsaan untuk memetakan daerah berisiko tinggi dan sebagai panduan kepada program kesedaran bersasar,” katanya.
Beliau berkata menerusi pendaftaran MyThalassaemia. KKM sedang membina gambaran nasional beban dan hasil penyakit itu, yang juga akan berfungsi sebagai asas kepada penyelidikan klinikal dan inisiatif perubatan pada masa depan.
“Kami juga sedang meneroka kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Sumber Manusia untuk menambah baik akses kebajikan dan pilihan kerja fleksibel kepada penjaga (pesakit) jangka panjang,” katanya.
Sementara itu, Dzulkefly menyarankan individu mengalami gejala influenza segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerana tiada dasar membenarkan penggunaan kit ujian kendiri bagi penyakit itu.
“Jangan beli kit ujian kerana ia tidak perlu. Kita tidak mengambil polisi ujian kendiri,” katanya.
Beliau juga memberi jaminan KKM akan meneliti dakwaan terdapat penjualan kit ujian influenza yang tidak sah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

