Pentas Havoc Trio Festival 2025 dibarisi artis popular & persembahan malam kerohanian Disember depan!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. sekali lagi menggegarkan hujung tahun dengan penganjuran Havoc Trio Festival 2025, acara mega tahunan yang menggabungkan tiga segmen popular, Year-End Sale, Food Festival dan Back to School Fair di bawah satu bumbung.

Festival yang berlangsung selama empat hari, dari 4 hingga 7 Disember 2025 di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur itu akan beroperasi dari 11 pagi hingga 11 malam setiap hari, menawarkan pengalaman membeli-belah, menjamu selera dan berhibur secara serentak dalam suasana penuh warna-warni.

Llebih 300 vendor dari pelbagai kategori termasuk makanan viral, produk gaya hidup, pendidikan serta kelengkapan persekolahan, festival kali ini dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran.

Mengangkat semangat “Shopping, Eat & Enjoy”, Havoc Trio Festival 2025 menonjolkan konsep festival rakyat yang mesra keluarga, di mana pengunjung dapat menikmati pelbagai promosi jualan akhir tahun, potongan harga eksklusif serta aktiviti hiburan menarik setiap malam.

Selain tawaran hebat daripada vendor, pengunjung turut disajikan dengan aktiviti komuniti, persembahan artis popular, dan cabutan bertuah harian menjadikan Havoc Trio Festival sebagai destinasi wajib kunjung bagi mereka yang ingin menutup tahun dengan penuh keceriaan.

Buat pertama kali, penganjur memperkenalkan segmen Islamik dan kerohanian sebagai nilai tambah kepada festival kali ini.

Antara program yang bakal diadakan ialah Malam Mahabbah, Malam Kerohanian bersama pendakwah jemputan, serta persembahan nasyid dan penampilan khas penyanyi lelaki terkenal.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Datuk Firdaus Nadxaman, pengisian rohani itu bertujuan memberikan keseimbangan antara hiburan, spiritual dan kekeluargaan.

“Havoc Trio Festival bukan sekadar festival jualan atau hiburan, tetapi platform yang menyatukan komuniti usahawan, vendor, pelancong dan keluarga.

“Tahun ini lebih istimewa kerana kami turut menambah elemen Islamik yang memberi nilai spiritual kepada pengunjung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO), Faizul Mohd Yusof menjelaskan pihaknya telah memperkukuh aspek teknikal dan logistik bagi memastikan kelancaran sepanjang penganjuran.

“Kami menambah baik struktur keselamatan, aliran trafik pengunjung serta kemudahan vendor supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati pengalaman lebih selesa dan tersusun,” ujarnya.

Tambahnya, festival kali ini hadir dengan pelbagai aktiviti interaktif dan promosi besar-besaran, termasuk Food Challenge, Lucky Draw Harian, Happy Hour Sale Countdown dan Back to School Giveaway yang dijangka menjadi tumpuan utama.

Barisan artis popular turut menyerikan pentas utama festival, antaranya Aliff Aziz, Mark Adam, Ruhainies, Risteena Munim, Syura Badron, Qistina Raisya, Daud Latah, Chef Ammar, Azza Elite, Saharul Ridzwan, Vokey, dan Zarina Zainuddin.

Selain persembahan artis, pengunjung juga dapat menikmati persembahan malam kerohanian, permainan rakyat, serta sesi ramah mesra bersama selebriti sepanjang festival berlangsung.

Firdaus menegaskan Havoc Trio Festival bukan sekadar acara komersial, tetapi medan memperkukuh ekonomi tempatan melalui penyertaan usahawan mikro dan vendor kecil.

“Kami mahu menjadikan Havoc sebagai festival rakyat bukan hanya tempat membeli-belah, tetapi juga ruang menjalin silaturahim dan memupuk semangat perpaduan menjelang tahun baharu,” katanya.

Dengan pelbagai pengisian hiburan, rohani dan promosi menarik, Havoc Trio Festival 2025 dijangka sekali lagi mencipta fenomena tersendiri menjelang penutup tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This