Konsep infrastruktur dwi-fungsi diperluas dalam projek kelolaan PETRA – Akmal

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memperluaskan konsep infrastruktur dwi-fungsi dalam projek-projek yang sudah dan bakal dilaksanakan oleh pihaknya.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, menerusi konsep ini, kolam takungan bukan sahaja mengurangkan risiko banjir tetapi dimanfaatkan sebagai sumber air ketika musim kering.

Jelasnya, antara projek berasaskan konsep infrastruktur dwi-fungsi ialah Kolam Krubong-Durian Tunggal di Melaka dan Kolam Sg Klang-Sg Rasau di Selangor.

Dalam pada itu, katanya, kementerian sentiasa menerapkan infrastruktur hijau dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi dalam projek tebatan banjir bagi memastikan keberkesanan kos serta manfaat langsung kepada rakyat.

Baca artikel lain: Lelaki menyamar sebagai polis, minta sogokan dicekup

“Pendekatan ini bukanlah baharu kerana telah lama diterapkan dalam pembangunan infrastruktur. Sebagai contoh, empangan JPS bukan sahaja berfungsi sebagai mitigasi banjir, tetapi juga sebagai sumber bekalan air dan pengairan pertanian.

“JPS turut mengintegrasikan prinsip Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dalam projek tebatan banjir termasuk kolam takungan selain menakung air hujan turut direka sebagai tasik rekreasi dan kawasan hijau.

“Pendekatan ini menjadikan projek lebih kos efektif, mesra alam dan memberi manfaat langsung melalui rekreasi, peningkatan biodiversiti serta perlindungan banjir.

“Wetland Putrajaya adalah antara contoh kejayaan berkonsepkan building with nature,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This