MALAYSIA mendesak supaya keganasan dan kekejaman yang sedang berlaku di Sudan dihentikan serta-merta.
Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa supaya orang awam dilindungi sepenuhnya mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Beliau turut menyifatkan kezaliman yang berlaku di Sudan sebagai bencana kemanusiaan di mana pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan pengusiran pada skala yang mengejutkan hati nurani.
“Saya amat bimbang dengan tragei yang sedang berlaku di El-Fasher dan di seluruh Darfur, Sudan.
“Laporan kekejaman yang mungkin dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan, malah genosid tidak dapat diterima,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Malaysia turut berdiri dalam solidariti bersama rakyat Sudan.
Selain itu, beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak tegas bagi mencegah penderaan; memulihkan akses kemanusiaan dan menyokong proses yang boleh dipercayai ke arah keamanan dan akauntabiliti.
Baca artikel lain: Kesihatan tak mengizinkan, PM mohon ampun tak dapat iringi keberangkatan Sultan Ibrahim
Semalam, media antarabangsa melaporkan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) telah membunuh 300 wanita dalam tempoh dua hari pertama selepas memasuki bandar El-Fasher, ibu negeri Darfur Utara di barat Sudan.
Menteri Negara bagi Kebajikan Sosial Sudan, Salma Ishaq, yang kenyataannya dipetik Anadolu Ajansi, berkata wanita-wanita berkenaan turut menjadi mangsa serangan seksual, keganasan dan penyeksaan.
“Mana-mana individu yang meninggalkan El-Fasher menuju ke Tawila (di Darfur Utara) berdepan risiko, kerana jalan El-Fasher-Tawila kini menjadi jalan maut,” katanya.
Tambah beliau, masih terdapat keluarga di El-Fasher yang menjadi sasaran penyeksaan, penghinaan dan keganasan seksual.
Pada 26 Oktober lalu, RSF merampas kawalan ke atas El-Fasher dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam, menurut pertubuhan tempatan dan antarabangsa, sambil memberi amaran bahawa serangan itu boleh mengukuhkan pembahagian wilayah Sudan secara geografi.
Pada Rabu, pemimpin RSF, Mohamed Hamdan Dagalo (Hemedti) mengakui bahawa ‘pelanggaran’ dilakukan oleh pasukannya di El-Fasher, sambil mendakwa jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan.
Tentera Sudan dan RSF telah terbabit dalam peperangan sejak 15 April 2023.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

