POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua lelaki warga tempatan dipercayai ahli kumpulan ‘Geng Ajoi’ yang terlibat dengan kes kecurian motosikal di Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua Polis Daerah Sentul Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, suspek masing-masing berusia 38 dan 28 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.
Katanya, susulan dari tangkapan yang dilakukan, polis telah berjaya merampas tiga buah motosikal yang telah dilaporkan hilang di pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan IPD Wangsa Maju.
“Susulan dari tangkapan yang dilakukan, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Sentul telah menjalankan siasatan ke atas suspek dan mendapati suspek turut terlibat dalam empat lagi kes kecurian motosikal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Kedua-dua suspek yang ditangkap mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dalam kesalahan jenayah dan dadah.
“Saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua saspek positif dadah jenis Meth dan kini saspek di reman di IPD Sentul bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Sukarno berkata, susulan dari tangkapan itu, pihak IPD Sentul telah berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian motosikal disekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Katanya, sindiket tersebut mula aktif sejak Julai 2025 dan menyasarkan kawasan apartment dan tempat letak motosikal tepi jalan.
Menurut Ahmad Sukarno, anggaran nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 50,000.
“Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu yang melanggar undang-undang.
“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini di minta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

