PIHAK polis kini sedang giat memburu penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, berhubung kes kematian seorang aktivis media sosial wanita warganegara Taiwan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya yakin bahawa Namewee sudah mengetahui laporan siasatan kes dan pencariannya menerusi laporan media rasmi serta media sosial.
“Setakat ini kami masih tidak dapat lagi mengesannya dan percaya dia sudah menghilangkan diri.
“Sebelum ini, kes kematian wanita berkenaan diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR), namun apabila diklasifikasikan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dia dipercayai menghilangkan diri,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Anwar junjung kasih keprihatinan Sultan Brunei
Namewee, 42, dipercayai menghilangkan diri selepas kes penemuan mayat wanita terbabit diklasifikasikan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.
Untuk rekod, kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan mewajibkan pihak polis melakukan tangkapan ke atas individu yang disyaki dengan kes berkenaan.
Setakat ini, Namewee adalah individu terakhir yang berada bersama aktivis media sosial, Hsien Yun Hsin, 31, semasa mayatnya ditemui dalam sebuah bilik di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, pada 22 Oktober lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

