Ikat jamin polis terhadap Namewee disambung sebulan lagi – KP KL

Dari Penulis

IKAT jamin polis ke atas pempengaruh Namewee disambung selama sebulan lagi hingga 11 Januari tahun depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tempoh dilanjutkan kerana pihaknya menunggu laporan penuh toksikologi berkaitan kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsi yang dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk dilengkapkan.

“Kes itu masih dalam siasatan. Polis masih menunggu laporan toksikologi terbabit yang mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan.

“Kita masih menyambung ikat jamin terhadapnya (Namewee) sementara menunggu keputusan daripada Jabatan Kimia, dan jika laporan masih belum diperoleh, jaminan akan disambung lagi,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Peluncuran Taman Angkat Amanita 2025 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam Fasa 2, hari ini.

Pada 26 November lalu, media melaporkan jaminan polis terhadap Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 42, disambung selama dua minggu sementara siasatan kes berkenaan diteruskan.

Baca artikel lain: Muhyiddin nafi curi duit parti, tak berhasrat heret Tun M ke mahkamah

Kertas siasatan terbabit juga dijangka dihantar semula kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) selepas laporan bedah siasat diperoleh.

Bulan lalu, Namewee dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan bedah siasat mayat wanita itu.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, dipetik berkata pembebasan Namewee dibuat berikutan tiada petunjuk kukuh yang dapat mengaitkannya secara langsung dengan punca kematian Yun Hsi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This