PENYANYI rap kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee akan ditahan reman, pagi ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, 22 Oktober lalu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, hari ini.
Menurut Sazalee, pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap Namewee.
“Untuk makluman, Namewee akan direman pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Terdahulu, Namewee, 42, dipercayai tampil ke IPD Dang Wangi secara sukarela, malam tadi.
Dalam hantaran di Facebook, Namewee yang juga pengarah filem memaklumkan dia baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru.
“Saya kini berada di balai polis dan akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan serta memberikan penjelasan kepada orang ramai dan keluarga wanita itu.
Baca artikel lain: ‘Saya tak akan melarikan diri’, Namewee jamin beri kerjasama penuh
“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari,” katanya.
Penyanyi itu disyaki berada bersama mangsa, Hsien Yun Hsin, 31, pada jam 1.40 tengah hari di dalam sebuah bilik di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, sebelum ditahan atas kesalahan memiliki dan menggunakan dadah.
Bagaimanapun, dia dibebaskan selepas mengaku tidak bersalah atas kesalahan berkaitan dadah pada 24 Oktober lalu di Mahkamah Jalan Duta.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata kes kematian mangsa sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun selepas adanya unsur meragukan, polis mengklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari 22 Oktober lalu, mangsa Hsieh Yun Hsin yang juga pempengaruh Taiwan ditemui terbaring dalam tab mandi.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

