Dasar konsisten bawa kestabilan hubungan dua hala – Yang di-Pertuan Agong

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DASAR yang konsisten akan membawa kepada kestabilan perhubungan dua hala serta memberi keyakinan untuk menarik pelaburan kepada sesebuah negara.

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, semalam.

Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka bertitah pertemuan dengan Putera Mohammed di Istana Yamamah, Riyadh itu berlangsung dalam suasana penuh mesra dan menyentuh pelbagai perkara.

“Ini merupakan pertemuan julung kali kami berdua dan Putera Mohammed sangat berpengetahuan dalam pelbagai perkara yang dibincangkan.

“Saya turut berkongsikan beberapa pandangan terutama berkenaan pentingnya pelaksanaan dasar yang konsisten dalam kerajaan serta perhubungan antarabangsa,” titah Seri Paduka kepada Royal Press Office (RPO) yang dimuatnaik ke Facebook itu.

Baca artikel lain: Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Arab Saudi, Bahrain untuk lawatan negara

Yang di-Pertuan Agong turut memuji Visi 2030 Arab Saudi iaitu sebuah usaha membangunkan negara Tanah Suci itu ke tahap yang lebih baik dengan kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan rakyat serta penyediaan persekitaran yang rancak buat pelabur.

Terdahulu, Sultan Ibrahim diberikan sambutan negara di Istana Yamamah bersempena lawatan negara Seri Paduka ke Arab Saudi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia) disambut mesra Putera Mohammed bin Salman.

Putera Mohammed bin Salman turut menghoskan Seri Paduka dalam majlis santapan negara bersama tetamu-tetamu kehormat.

Mengiringi Seri Paduka Baginda dalam lawatan ini ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Arab Saudi merupakan rakan dagang ke-14 terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM44.74 bilion (USD9.79 bilion).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This